PSKT ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu pada 22 Mac 2005. Matlamat penubuhan PSKT adalah untuk:
- Menjadi sebuah pusat pembelajaran yang interaktif di samping memberi pendedahan tentang perkembangan sains, inovasi dan kreativiti secara komprehensif.
- Menjadi pusat sains yang berinspirasikan prinsip dan nilai-nilai Islam yang mengaplikasikan sains & teknologi.
- PSKT merupakan anak syarikat kerajaan negeri yang berstatus ‘Service Oriented Organization’.
- Sebuah syarikat yang tidak berunsurkan keuntungan (‘Non-profit Company’)